5.09.2016

Ternak Kambing Langkah Demi Langkah untuk amator (Pere Kambing Pulok)

 Rujukan Dari : http://kambingboer.blogspot.my / asfnetwork.com.my / pembeda.com


Sebelum memulakan sebarang aktiviti, jangan tamak, kena realistik, melaikan anda mempunyai pelaburan yang besar dan sangat berpengalaman.  Bagi yang masih baru, jangan tamak, mulakan dengan bismillah, betulkan niat.


1. Membina kandang kambing, setiap benda benyawa memerluakan tempat berteduh yang selesa semoga kambing kita meredhai kita dan kita mendapat pahala yang besar.

Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing. Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;

4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Kayu Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)
Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00

Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.

Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4. 


"Pertanian memang usaha berkat. Madinah dulu naik ekonomi (ekonomi jatuh masa Yahudi boikot) lepas Nabi Muhammad S.A.W cross-bred pelbagai jenis buah tamar. Tapi perlu ilmu mendalam & perhatian sokmo. Kalu dok, tak dae sebulae kambing/lintah demo boleh mutate jadi macam Ninja Turtle ...haha." Nasihat Mat Jepp kepada Pok Yob
Lintah
Taki Lintah
Minyok Lintah (Urut bare)
Ike Keli
Kole Keli
Kedai Cik Gu
Arnab
Gali Lubang
Tutup Lubang