7.21.2016

Jualan Benih Rumput Napier & Rumput Segar

Jualan Benih Rumput Napier & Rumput Segar

KJ Agro menawarkan jualan rumput napier siap dimesin hancur atau yg belum dimesin. Harga yg ditawarkan tidak termasuk penghantaran & bergantung pada stok yg ada.
  • Rumput napier segar siap mesin = RM0.50/kg (RM15 seguni = 30kg)
  • Rumput napier segar belum mesin = RM0.40/kg (RM10 seguni = 25kg)
  • Benih Napier India = 15sen/ruas. 12sen >1000 ruas. Minimum order 300ruas. Jika ingin potong pendek tiap2 ruas, tambahan 3sen/ruas.
    • Nota: 1 ruas = 1 gelang. Sila rujuk gambar di bawah utk lebih kepastian.
  • Kos penghantaran benih napier ke Semenanjung Malaysia melalui courier
    • 300ruas = RM30
    • 500ruas = RM50
    • 1000ruas = RM100 
  •  Kos penghantaran benih napier ke Semenanjung Malaysia melalui bas ekspress:
    • 300ruas = RM40
    • 500ruas = RM40
    • 1000ruas = RM80
    • Nota: Tuan/puan boleh ambil di stesen bas yg berdekatan. Sila dtg awal & tunggu sebelum bas sampai sana. Biasanya pemandu bas tak tunggu kita dtg untuk ambil brg yg dikirim.


5.09.2016

Ternak Kambing Langkah Demi Langkah untuk amator (Pere Kambing Pulok)

 Rujukan Dari : http://kambingboer.blogspot.my / asfnetwork.com.my / pembeda.com


Sebelum memulakan sebarang aktiviti, jangan tamak, kena realistik, melaikan anda mempunyai pelaburan yang besar dan sangat berpengalaman.  Bagi yang masih baru, jangan tamak, mulakan dengan bismillah, betulkan niat.


1. Membina kandang kambing, setiap benda benyawa memerluakan tempat berteduh yang selesa semoga kambing kita meredhai kita dan kita mendapat pahala yang besar.

Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing. Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;

4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Kayu Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)
Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00

Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.

Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4. 


"Pertanian memang usaha berkat. Madinah dulu naik ekonomi (ekonomi jatuh masa Yahudi boikot) lepas Nabi Muhammad S.A.W cross-bred pelbagai jenis buah tamar. Tapi perlu ilmu mendalam & perhatian sokmo. Kalu dok, tak dae sebulae kambing/lintah demo boleh mutate jadi macam Ninja Turtle ...haha." Nasihat Mat Jepp kepada Pok Yob
Lintah
Taki Lintah
Minyok Lintah (Urut bare)
Ike Keli
Kole Keli
Kedai Cik Gu
Arnab
Gali Lubang
Tutup Lubang